KUANTAN 7 Jan. – Spekulasi Liridon Krasniqi bakal menyarung jersi pasukan bola sepak Pahang musim ini semakin kuat apabila bekas bintang import Kedah itu memuat naik gambar gajah di laman sosial Instagramnya. Tok Gajah adalah gelaran yang digunakan oleh pasukan Pahang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Gambar tersebut tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu menyebabkan khabar angin semakin bertiup kencang bahawa Liridon menyarung jersi Tok Gajah. Para penyokong Tok Gajah pula sudah tidak sabar menunggu khabar gembira itu daripada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya