FIM2019 sasar potensi urus niaga RM500 juta - Utusan Malaysia

FIM2019 sasar potensi urus niaga RM500 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa 2019 (FIM2019) menyasarkan transaksi potensi urus niaga sebanyak RM500 juta dengan melibatkan 147 ruang pameran sepanjang tiga hari pameran berlangsung.

FIM2019 merupakan pameran francais anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Persatuan Francais Malaysia (MFA) yang akan berlangsung di Pusat Konven­s­yen Kuala Lumpur (KLCC) mulai 5 hingga 7 April ini.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Chong Chieng Jen berkata, sasaran itu adalah realistik berdasarkan rekod transaksi potensi urus niaga pada FIM2018 iaitu RM410 juta dengan jumlah ruang pameran sebanyak 132.

“Dengan peningkatan ruang pameran sebanyak 15 peratus pada tahun ini, sudah pasti sasaran itu munasabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Pelancaran FIM 2019 di sini semalam.

Sehingga kini, 70 peratus daripada ruang pa­meran telah diisi oleh para penggiat francais dari dalam dan luar negara. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN