KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Fattah Amin menyifatkan teguran pendakwah, Pencetus Ummah (PU) Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak lebih banyak mencetuskan cercaan berhubung isu mengizinkan isterinya, Fazura beraksi seksi dalam klip video Can’t Forget Me.
Fattah atau nama sebenarnya, Abd. Fattah Mohd. Amin menerusi Instagram miliknya mengakui, tersinggung dengan penilaian yang disifatkan tanpa usul periksa.
“Apalah salahnya jika kami dihubungi terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian? Wajarkah fitnah itu dijadikan bahan populis dalam akaun media sosial beliau serta mengundang pelbagai cercaan fitnah terhadap kami?” katanya menerusi Instagram.
Pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu juga bersyukur kerana banyak pihak tampil menyanggah kata-kata itu dengan pelbagai respons positif.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










