Faridzul mahu tamat kemarau gol berdepan Nurinsafi esok - Utusan Malaysia

Faridzul mahu tamat kemarau gol berdepan Nurinsafi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyerang Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Faridzul Afiq Mohd. sudah tidak sabar untuk menjaringkan gol ke atas Nurinsafi bagi menamatkan kemarau jaringannya musim ini menjelang aksi keempat Liga Hoki Malaysia (MHL) 2019 di Stadium Tengku Abdullah, Bangi esok.

Faridzul, 27, menganggap perlawanan esok amat penting buat dirinya kerana masih belum meledak sebarang gol sepanjang tiga perlawanan musim ini berbanding tujuh jaringan peribadi dicetaknya tahun lalu.

“Saya hampir menjaringkan gol tetapi kurang bernasib baik dan saya akan terus memburu gol pertama musim ini.

“Semoga ia hadir dalam pertemuan esok kerana ia amat penting bagi saya untuk mengembalikan sentuhan penyudah gol,” katanya.

Selain pertemuan UniKL dan Nurinsafi, dua lagi perlawanan esok menyaksikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menentang Maybank di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dijadualkan bertemu TNB Thunderbolts di Shah Alam.

Juara bertahan, Pasukan Hoki Terengganu (THT) tidak mempunyai perlawanan esok dan akan meneruskan saingan liga dengan menanti kunjungan TNB di Stadium Hoki Batu Burok, Kuala Terengganu pada Ahad ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN