FAP bersedia bangkit semula - Utusan Malaysia

FAP bersedia bangkit semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 23 Jan. – Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) memperkenalkan jersi rasmi pasukan bola sepak negeri ini sebagai persediaan untuk bangkit semula menjadi pasukan yang digeruni dalam sukan bola sepak tanah air.

Untuk musim ini FAP telah bekerjasama dengan sebuah syarikat pakaian sukan jenama Stallion dan menggunakan tiga warna iaitu jersi biru untuk beraksi di gelanggang sendiri, jersi berwarna putih (gelanggang lawan), jersi hitam pula sebagai alternatif.

Selain itu, FAP turut mengumumkan  Ahmad Yusoff selaku Ketua Jurulatih bagi pasukan bola sepak Liga Perdana selain barisan pemain bagi skuad Harimau Kumbang.

Antara barisan pemain bagi saingan Liga Perdana ialah Syamim Othman selaku penjaga gol, Khairul Akmal Rokisham, Afif Azman dan pemain import seperti Kang Seung Jo dan Ndumba Makeche.

Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, Dr. Amar Pritpal Abdullah, berkata, warna-warna tersebut adalah warna bendera negeri ini dan reka bentuk jersi dipilih menerusi satu pertandingan yang diadakan baru-baru ini.

“80 peminat telah menghantar reka bentuk jersi dan hanya tiga terbaik dipilih pada kali ini,” katanya di sini semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×