Fahami sejarah, jangan ulangi kesilapan lampau- Tun M - Utusan Malaysia

Fahami sejarah, jangan ulangi kesilapan lampau- Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Jan.- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu semua pihak di negara ini memahami sejarah agar kesilapan lampau tidak diulangi dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan terus terpelihara.


Perdana Menteri berkata, sekiranya keamanan dan kesejahteraan sedia ada terus dikekalkan, negara dapat mencapai kemajuan dan kekayaan juga dapat diagihkan secara adil dan saksama kepada semua kaum.


“Kita perlu cantumkan semua kaum. Jika tiga kaum utama di Malaysia bersama kaum-kaum lain di Sabah dan Sarawak dapat bertaut untuk bekerja, tinggal dan bermain bersama, negara kita akan lebih maju.


“Selagi kita ingat sejarah kita dan liku-liku yang dilalui, maka negara kita akan terus aman dan apabila ia aman, kemajuan dapat dicapai dan kekayaan diagih sama rata antara kaum,” katanya ketika berucap dalam majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.


Menurut Dr. Mahathir, negara lain tidak mencapai kemajuan seperti dicapai Malaysia walaupun tiada masalah perkauman namun, perpisahan antara miskin dan kaya begitu ketara sehingga berlakunya rusuhan.


“Sebab itu kita tumpu soal atasi kemiskinan, adalah menjadi tugas kita untuk tentukan negara mengagihkan kekayaan secara sama rata. Jika tidak sepenuhnya biar sampai satu tahap yang boleh diterima semua masyarakat,” katanya.-UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN