LONDON 3 Jan. – Aksi Liga Perdana Inggeris menentang Southampton yang berkesudahan seri 0-0 hari ini mungkin mungkin adalah perlawanan terakhir buat Cesc Fabregas bersama Chelsea. Pemain tengah Sepanyol itu kelihatan amat beremosi ketika meninggalkan Stamford Bridge, sambil beberapa kali dilihat memegang lencana di dada sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan. Dia dibawa masuk pada minit ke-68 menggantikan Ross Barkley yang kurang berfungsi, namun kehadiran Fabregas gagal merubah nasib Blues. Menurut akhbar Britain, pemain berusia 31 tahun itu semakin hampir untuk menyertai kelab Perancoa, Monaco dengan kontrak dua tahun setengah. Bekas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya