LONDON – Cesc Fabregas dilihat seperti mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong-penyokong Chelsea di Stamford Bridge selepas berakhirnya pertemuan pasukannya dan Southampton dengan keputusan seri tanpa jaringan awal pagi semalam. Perancang Sepanyol itu menuju ke arah penyokong selepas wisel penamat ditiupkan dan dilihat memberi penghargaannya terhadap mereka. Fabregas masuk menggantikan Ross Barkley pada minit ke-68, namun tetap gagal membantu The Blues memenangi tiga mata. Dia dikatakan semakin hampir menyertai Monaco pada musim perpindahan Januari ini dengan kontrak selama dua setengah tahun. Kontraknya bersama Chelsea akan berakhir hujung musim ini dan dia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya