Empat pelajar IPTS antara ditahan - Utusan Malaysia

Empat pelajar IPTS antara ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR 22 Jan. – Empat pelajar sebuah institusi penga­jian tinggi swas­ta (IPTS) di sini dan seorang penganggur ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, sema­lam.

Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan umur 21 hingga 24 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Chandan Puteri di sini kira-kira pukul 4 pagi.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Razali Ibrahim ber­kata, hasil saringan ujian air kencing mendapati dua daripada suspek yang ditahan itu positif dadah jenis ganja.

“Pihak polis telah merampas satu bekas plastik berpenutup kuning mengandungi sepeket plastik lutsinar berisi cebisan-cebisan daun kering disyaki kanabis seberat 1.29 gram.

“Turut dirampas ialah sebuah botol plastik disyaki digunakan sebagai alat untuk menghisap dadah serta satu bekas besi bulat dipercayai alat pengisar kanabis bertulis grass leaf di atas lantai dalam bilik rumah tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan sehingga Khamis ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×