JOHOR BAHRU 30 Jan. – Dua bot yang membawa empat nelayan terbalik berhampiran Berjaya Waterfront Hotel, Stulang Laut, di sini pagi tadi. Orang awam yang menyaksilan kejadian itu mwnghubungi Maritime rescue Sub Center (MRSC) Johor Bahru menerusi panggilan MERS 999 pada pukul 11 pagi. Bertindak atas maklumat tersebut MRSC Johor Bahru mengaktifkan Operasi Carilamat dan menghantar bantuan ke lokasi kejadian. Dua bot yang dinaiki Mazil Melojah, 33, Thommi Ahin,33, Sulaiman Abu Hashim,34, dan Elias Hashim, 50, terbalik ketika cuba menarik pukat yang dipenuhi ikan. Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya