KUALA LUMPUR 20 Jan. – Empat lelaki ditahan selepas dipercayai menyamar sebagai anggota Jabatan Imigresen Malaysia dan meminta suapan daripada majikan yang menggajikan pekerja asing, di Putrajaya semalam. Keempat-empat suspek yang ditahan Unit Operasi, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Imigresen itu berusia antara 27 tahun hingga 34 tahun. Pengarah Bahagian Operasi dan Pendakwaan Imigresen, Saravana Kumar berkata, kesemua suspek dicekup selepas berurusan dengan seorang majikan bagi melepaskan pekerja asing yang…










