KLANG – Empat beranak terselamat selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 dinaiki mereka terbabas sendiri ke dalam parit dalam kejadian Jalan Keretapi Lama di sini pagi tadi. Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, dua daripada mangsa iaitu pemandu wanita dan anaknya berusia 13 tahun hanya cedera ringan. Sementara dua lagi tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, siasatan awal menerusi panggilan telefon daripada pemilik kenderaan itu mendapati SUV itu dipandu isterinya dan disertai tiga lagi anak mereka. Katanya, semasa kejadian empat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya