KUALA LUMPUR 17 Jan. – Makin melekat pula gelaran ‘Bosskurrr’ terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sampaikan cawan air Starbucks pun ditulis ‘Bosskurrrr’.
“Eh, ejaan betul,” tulis Najib pada hantaran di Facebooknya bersama gambar tiga cawan air yang dipesan daripada restoran rangkaian syarikat minuman kopi terkenal itu.
Nampaknya, perkongsian gambar cawan air dengan tulis pesanan ‘Thank you PDRM dari Bosskurr’ mendapat perhatian dan cukup mencuit hati warganet.
“Pembangkang paling steady bossku,” komen Shafie Amin.
“Up bossku, steady Datuk,” tulis Wan Jack.
“Steady tok. Payung goreng pisang dengan air kelapa pun sedap ni tok. #maluapabossku,” komen Muhammad Syafiq Mohd. Shawal.
“Huhuhu. Steady bosskurr. Next week kita jumpa,” saran Deys Em Ar.
“14 minit 3.3K like. Perghhh kalah retis bosskuurrr,” kata Rozaimah Ismail.
“Mahacai sudah insaf sebab tu likes makin banyak. Tahniah bosskurr,” kata Aiyu Hezan.
Tidak sampai setengah jam hantaran itu dikongsi telah menerima 6,600 reaksi, 450 komen dan 207 perkogsian.
Najib sebelum ini mencetuskan fenomena ‘bossku’ apabila berkongsi gambar beliau menaiki sebuah motosikal sehingga ada pihak mencipta poster bersama tulisan ‘Malu Apa Bossku’.-UTUSAN ONLINE










