LONDON 22 Jan.- Syarikat penerbangan Britain, EasyJet menanggung kerugian sebanyak 15 juta pound (RM79 juta) selepas penutupan Lapangan Terbang Gatwick sebelum perayaan Krismas lalu akibat gangguan dron.
Ketua Eksekutifnya, Johan Lundgren memberitahu, syarikat itu hilang hasil pendapatan bernilai 5 juta pound dan pada masa yang sama terpaksa menanggung kos penumpang sebanyak 10 juta pound.
“Namun, Easyjet berjaya mencatat permulaan yang baik bagi tahun kewangan 2019 ekoran permintaan pelanggan yang kukuh di samping jualan sampingan.
“Ini disokong oleh prestasi operasi baik di seluruh rangkaian,” katanya.
Lapangan terbang kedua paling sibuk di Britain itu ditutup selama 36 jam seminggu sebelum perayaan Krismas ekoran gangguan dron yang dikenalpasti terbang di sekitar kawasan tersebut.
Dilaporkan 140,000 penumpang, yang mana kebanyakannya merupakan pelanggan Easyjet.- AFP










