KOTA KINABALU 7 Jan. – Durian Bakar menjadi tarikan terbaharu di Pasar Malam Jalan Gaya di sini yang digemari kalangan pelancong. Pengusaha buah-buahan Dennis Chan yang menjual durian bakar itu berkata beliau menggunakan durian daripada baka kampung kerana isinya banyak dan saiz buah lebih kecil yang mudah dibakar. Katanya durian akan dibungkus terlebih dahulu menggunakan kertas alumunium sebelum dibakar menggunakan arang selama 45 minit. “Durian yang siap dibakar dan dijual dengan harga RM60 sebiji tidak boleh dimakan terus sebaliknya perlu menunggu ia sejuk dahulu supaya mudah dimakan, rasanya juga seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya