ALOR SETAR 30 Jan. – Perbuatan dua lelaki disyaki menjadi ulat tiket menerima padah apabila dicekup anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi di Terminal Bas Shahab Perdana, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, seorang daripada mereka dipercayai menghampiri anggota JPJ yang menyamar dan menawarkan tiket bas bagi perjalanan ke Kuala Lumpur di luar kaunter jualan. Pengarah JPJ negeri, Isma Suhaimi Sharif berkata, lelaki berkenaan juga…










