Dua remaja ditemukan mati terhidu karbon monoksida - Utusan Malaysia

Dua remaja ditemukan mati terhidu karbon monoksida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 25 Jan. – Dua remaja, seorang lelaki dan seorang perempuan ditemukan mati dalam kenderaan jenis Perodua Kenari yang diletakkan di tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah dekat sini, awal pagi tadi

Habibi Majinji
Habibi Majinji 

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, dalam kejadian pada pukul 3 pagi, Hanafi Marlin, 23, dan Marcella Nur Anis Ahmadi, 20, ditemukan di kerusi hadapan kenderaan tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan sebuah Perodua Kenari dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kereta pusat membeli belah itu. Siasatan polis mendapati kedua-dua mangsa tertidur dalam kereta pada masa dan tarikh tidak pasti sehingga dijumpai awal pagi tadi.

Pegawai perubatan dari Hospital Likas mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia. Polis memeriksa badan kedua-dua mangsa dan tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah dikaitkan sebagai punca kematian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Habibi berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat keracunan terhidu karbon monoksida.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengamalkan tabiat tidur dalam kenderaan dengan enjin tidak dimatikan atau kenderaan tidak bergerak bagi mengelakkan risiko kematian.- BERNAMA;

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN