KUCHING 22 Jan. – Dua pusat pemindahan banjir di daerah Kuching, iaitu Dewan Sinaran Kampung Sungai Lumut dan Surau Ar Rahman yang menempatkan seramai 59 orang daripada 14 keluarga, ditutup sepenuhnya pada 2 petang ini berikutan air semakin surut.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan di sini berkata di daerah Lundu pula, jumlah mangsa yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Paon dan SK Sebat di Sematan kekal 74 orang daripada 18 keluarga. – BERNAMA










