Dua pusat mengundi awal dibuka pukul 8 pagi - Utusan Malaysia

Dua pusat mengundi awal dibuka pukul 8 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 22 Jan. – Dua pusat mengundi undi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands mula dibuka tepat pukul 8 pagi ini bagi membolehkan 247 pengundi awal yang terdiri dalam kalangan pegawai dan anggota polis melaksanakan tanggungjawab mereka.

Daripada jumlah itu, seramai 232 pengundi akan mengundi di bilik maklumat Balai Polis Brinchang manakala 15 orang lagi akan mengundi di bilik maklumat Balai Polis Sungai Koyan.

Tinjauan di Balai Polis Brinchang mendapati proses pengundian berjalan lancar dan calon Bebas, Wong Seng Yee turut hadir untuk meninjau proses tersebut sambil bersalaman dengan pengundi.

undi awal prk
SEORANG anggota polis memasukkan kertas undi ke dalam tong ketika mengundi awal  PRK Cameron Highlands di Balai Polis Berinchang hari ini. – UTUSAN ONLINE/ KAMAL BASIR WAHAB

PRK Cameron Highlands diadakan susulan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk C. Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei lalu ekoran berlakunya amalan rasuah di kawasan tersebut.

PRK bagi kerusi Parlimen itu akan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN, Ramli Mohd. Nor dan calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran serta dua calon Bebas, Sallehuddin Ab. Talib dan Wong Seng Yee. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN