BERUAS – Dua individu maut manakala dua yang lain cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Kilometer 55 Jalan Ipoh-Lumut di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 6.30 pagi itu, pemandu kereta berkenaan, Ong Eng Hooi, 54, dan penumpang belakang, Tan Kah Sim, 52, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah. Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintenden Chong Boo Khim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta dinaiki empat individu itu dalam perjalanan dari arah Ipoh menghala Pantai Remis.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya