KUANTAN 16 Jan. – Memiliki rumah selesa dan selamat pasti menjadi impian setiap manusia, namun tidak bagi dua ibu tunggal di Batu 6 di sini, impian itu hanya angan-angan yang sukar untuk mereka penuhi. Pun begitu, Noridah Mohd. Nor, 40, bersama adiknya, Norizan, 38, bersyukur kepada Allah SWT kerana masih mempunyai tempat tinggal di sebuah rumah usang peninggalan arwah ibu mereka, Zawiyah Jusoh. Jika melihat rumah diduduki dua ibu tunggal…










