DUNGUN 8 Jan. – Polis berjaya menemukan semula empat motosikal curi, sebuah daripadanya milik Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd. Ramli dalam Ops Lejang sekitar daerah ini semalam. Motosikal jenis Honda EX5 kepunyaan wakil rakyat itu dilaporkan hilang pada 30 Disember lalu, sebelum ditemukan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru, Kuala Abang dekat sini malam tadi. Ketua Polis daerah, Superintenden Baharudin Abdullah yang mengesahkan kejadian itu berkata,…










