Dua beradik dikhuatiri lemas ditemukan selamat - Utusan Malaysia

Dua beradik dikhuatiri lemas ditemukan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Jan.- Dua beradik yang dikhuatiri lemas apabila bot mereka dipukul ombak dalam kejadian berhampiran Pantai Tunjang di Mukah, Sarawak ditemukan selamat selepas dikhuatiri lemas petang tadi.

Jurucakap Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 7.26 malam yang memaklumkan dua lelaki berusia 50 dan 54 tahun itu ditemukan selamat.

Katanya, sebaik sahaja menerima panggilan itu, tiga anggota serta pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa pertama berjaya menyelamatkan diri berenang ke pantai manakala mangsa kedua pula ditemukan orang awam dalam keadaan lemah berhampiran lokasi kejadian.

“Ketika kejadian, kedua-dua beradik itu dipercayai sedang memukat obor-obor sebelum bot mereka dipukul ombak,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, operasi menyelamat tamat kira-kira pukul 8.25 malam.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×