KUCHING 11 Jan. – Menjadi siulan ramai sejak lebih 40 tahun lalu, lagu rakyat Sarawak Puteri Santubong terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, namun peminat mungkin kurang perasan siapa penulis lirik dan pencipta lagu tersebut. Nama Madzhi Johari mungkin kurang menonjol atau tidak dikenali ramai, namun anak kelahiran Sri Aman ini merupakan watak penting di sebalik lagu yang diciptanya sekitar tahun 1974-1975 itu. Membuka ‘rahsia’ kisah lagu tersebut kepada Bernama, Madzhi berkata rentak dan ritma lagu itu dihasilkan di atas perahu di tebing sebatang sungai semasa beliau dalam perjalanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya