Desak SPRM pantau pemberian kontrak - Utusan Malaysia

Desak SPRM pantau pemberian kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meningkatkan pemantauan terhadap sebarang pemberian kontrak kerja kerajaan bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan.

Ini susulan daripada kenyataan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mencadangkan agar ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua cawangan partinya turut diberikan projek kerajaan.

JAIS ABDUL KARIM
JAIS ABDUL KARIM 

Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, SPRM bertanggungjawab memastikan ‘tragedi’ yang menimpa kerajaan lepas tidak berulang.

“Kami mahu SPRM buat pemantauan dan menasihatkan Bersatu supaya gejala ini tidak menjejaskan integriti kerajaan.

“Kami berharap SPRM dapat mengadakan taklimat khas kepada para pemimpin PPBM berkenaan hal antirasuah dan integriti dalam menjalankan perniagaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semasa Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Ke-2 kelmarin, Abdul Rashid juga dilaporkan berkata, ketua-ketua itu perlu memperoleh lebih wang dan peluang bagi membolehkan mereka mempertahankan kemenangan parti dan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya akan datang.-UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN