JOHOR BAHRU 19 Jan. – Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor (Perusim) berharap pihak berkuasa akan mendedahkan senarai restoran mamak yang terlibat dalam operasi mereka dan bukan menggunakan perkataan restoran mamak secara umum. Setiausaha Perusim, Hussien Ibrahim berkata, penggunaan restoran mamak secara umum memberi implikasi negatif kepada pihak yang tidak terlibat. Katanya, kesan daripada perkara itu keuntungan restoran mamak telah berkurangan melebihi 20 peratus sejak kebelakangan ini. “Sejak kebelakangan ini, persepsi masyarakat terhadap restoran mamak dipandang serong akibat beberapa isu yang tular khususnya dalam kalangan masyarakat Islam. “Apa yang kami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya