KUALA LUMPUR 24 Jan. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menzahirkan ucapan tahniah kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah kerana dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Ketua Penerangannya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, Perkasa berasa amat bertuah dan bangga dengan pelantikan tersebut serta bersedia untuk memperbaharui ikrar mempertahankan institusi raja berperlembagaan. “Baginda seorang raja yang diibaratkan telah jauh berjalan dan…










