KUANTAN – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri berusia 31 tahun ditahan polis semalam kerana disyaki menghasilkan dan cuba menjual dua keping syiling emas bertandakan potret Sultan Pahang, Pemangku Raja Pahang dan Jata Negeri Pahang tanpa kebenaran. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusuf berkata, suspek yang tinggal di Petaling Jaya, Selangor itu ditahan selepas pihaknya menerima aduan daripada seorang pegawai khas Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. “Pada 28 Disember lalu kira-kira pukul 1 tengah hari, pegawai tersebut menerima titah Pemangku Raja Pahang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya