BERLIN 4 Jan. – Beratus ahli politik, termasuk Canselor Jerman iaitu Angela Merkel, menjadi mangsa kebocoran data peribadi dalam talian besar-besaran. “Data peribadi dan dokumen milik beratus ahli politik dan figura terkemuka didedahkan di Internet. “Kerajaan mengambil serius insiden ini,” kata jurucakap kerajaan, Martina Fietz. Data peribadi yang merangkumi alamat, nombor telefon, surat, invois dan dokumen pengenalan diri didedahkan di Twitter pada bulan lalu namun hanya disedari minggu ini. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya