MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng dalam ucapan dasar Belanjawan 2019 baru-baru ini mengumumkan Akta Perolehan Kerajaan akan dibentang di Parlimen pada tahun ini. Tujuan akta ini adalah untuk memperkukuh ketelusan dalam proses perolehan kerajaan, sekali gus mengurangkan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan. Niat yang murni daripada pihak Kementerian Kewangan ini wajar dipuji, namun wajar juga dipersoalkan keberkesanan akta yang bakal digubal ini. Hal ini kerana sistem perolehan kerajaan di Malaysia kini…










