DAP mahu kukuhkan kedudukan dalam PH - Takiyuddin - Utusan Malaysia

DAP mahu kukuhkan kedudukan dalam PH – Takiyuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Tindakan DAP yang mahu meletakkan ahlinya, M. Manogaran sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dilihat sebagai mementingkan diri sendiri dan cuba menguatkan kedudukannya dalam Pakatan Harapan (PH).

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, hal itu kerana DAP sudah mempunyai banyak kerusi Parlimen berbanding rakan sekutu mereka khususnya Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“DAP sepatutnya mencontohi MIC yang berjiwa besar memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) meletakkan calon lain demi memberi manfaat bersama kepada semua.

“Begitu juga MCA yang sedia melupakan perbezaan semata-mata atas dasar solidariti pembangkang,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, pemilihan bekas pegawai kanan polis yang juga wakil kaum Orang Asli, Ramli Mohd. Nor sebagai calon untuk menentang Manogran diterima baik oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, Pas yakin pemilihan calon tersebut amat tepat berdasarkan suasa semasa dan geopolitik di Parlimen Cameron Highlands sekali gus mewujudkan muafakat pembangkang yang kuat.

“Atas dasar tolak ansur BN dan penerimaan baik parti pembangkang yang lain, ini boleh menjadi formula terbaik untuk meraih undi bagi membolehkan BN mengekalkan kerusi Cameron Highlands.

“Pas akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin BN Pahang dalam waktu terdekat untuk menyelaraskan gerak kerja membantu calon,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×