Dalang utama geng "Lakia Teck" di tahan - Utusan Malaysia

Dalang utama geng “Lakia Teck” di tahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI – Polis telah menahan lima lelaki termasuk seorang dalang utama geng “Lakia Teck” yang aktif dalam kes curi kenderaan serta pecah rumah di sini sejak setahun lepas.

Ketua Polis Daerah Miri,  Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, lima lelaki tempatan berusia 25 hingga 43 tahun dengan empat suspek ditahan pukul 5.20 pagi semalam disusuli dengan penahanan suspek kelima hasil maklumat diberi oleh keempat-empat suspek.

“Empat suspek ditahan di  sebuah rumah di Jalan Biri Utama, Pujut 2 dan seorang suspek ditahan di Lorong Tasik 1A, Jalan Tasik Vista Perdana,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Lim berkata, turut dirampas semasa serbuan ialah sepucuk pistol tiruan label K-17 bersama satu magazin peluru pistol tiruan, sebilah pisau Rambo, 11 unit telefon bimbit, dua keeping plat nombor kenderaan Malaysia dan dua plat nombor kenderaan Brunei.

“Turut dirampas sebuah kepala lori Toyota Hiace dan sebuah kenderaan Perodua Kancil,” katanya sambil menambah tiga suspek ditahan positif dadah. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN