Dalang 12 kes samun ditahan - Utusan Malaysia

Dalang 12 kes samun ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH 22 Jan. – Tidak sampai empat jam menyamun sebuah rumah, seorang lelaki dikenali sebagai ‘Man Cindian’ dicekup polis di rumahnya di Jalan Sri Kundang, di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Syafa’aton Abu Bakar berkata, selain suspek utama berusia 35 tahun, pihaknya turut menahan empat lelaki lain dipercayai terlibat membeli dan menjual barangan dicuri suspek.

“Kita terima satu laporan polis pada pagi kejadian daripada seorang lelaki mengatakan rumahnya dipecah masuk dan mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM10,000 di Taman Kuang Raya, di sini.

“Bertindak daripada maklumat, lima lelaki berusia antara 25 hingga 35 tahun tersebut berjaya ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Jalan Sri Kundang, Puncak Alam dan Pusat Perdagangan Kuala Selangor, Jeram,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, di sini hari ini.

Menurut Syafa’aton, ekoran tangkapan tersebut, pihaknya percaya sebanyak 12 kes pecah rumah telah berjaya diselesaikan.

“Dalam kesemua serbuan berkenaan, kita telah merampas pelbagai barangan seperti televisyen, komputer riba, barangan elektrik serta sebuah kereta Perodua Myvi yang disewa suspek utama.

“Kesemua suspek tersebut ditahan reman sehingga hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN