KUALA LIPIS 23 Jan. – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata dakwaan Barisan Nasional (BN) bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara ‘senyap-senyap’ mahu calon BN memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands hanya cerita rekaan untuk menarik undi. Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Pakatan Harapan itu berkata ini adalah amalan biasa bagi pembangkang. “Sudah tentu tidak betul (dakwaan itu), pihak pembangkang akan buat cerita-cerita…










