JEMPOL 23 Jan. – Program Dakian Santai yang diadakan di Bukit Penarikan di sini baru-baru ini menampilkan keunikan tersendiri apabila para peserta mengenakan pakaian tradisional. Yang menariknya, pendaki wanita memakai kain batik dan baju kurung Kedah sekali gus memperlihatkan ciri-ciri keayuan wanita Melayu. Selain itu, ada peserta lelaki mengenakan baju Melayu dan berselempang ketika mengerah tenaga memanjat bukit tersebut. Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol (MDJ), Raja Norazli Raja Nordin berkata,…










