CVR kedua Lion Air ditemukan - Utusan Malaysia

CVR kedua Lion Air ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 14 Jan. – Pasukan Komando Armada (Koarmada) berjaya menemukan perakam suara kokpit (CVR) kedua milik pesawat Lion Air yang terhempas di Laut Jawa pada Oktober tahun lalu.

“Betul, ia dijumpai pukul 9.10 pagi waktu tempatan,” kata Kadispen Koarmada I, Leftenan Kolonel Tentera Laut, Agung Nugroho ketika dihubungi olah Detik.com.

Ujar Agung, CVR berkenaan berjaya dijumpai oleh penyelam Komando Pasukan Katak (Kopaska) dan perkhidmatan penyelam dasar laut (Dislambair).

CVR itu sudah dikeluarkan dari laut oleh salah satu kapal pencarian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN