Sifat plastik yang sukar terurai pastinya memberi kesan kepada hidupan liar terutama haiwan marin seperti penyu, ikan paus serta burung laut. Hidupan di lautan bukan sahaja memakan plastik, malah lebih buruk lagi bahan kimia yang dibebaskan daripada plastik turut menyerap ke dalam tisu haiwan. Sifat plastik yang sukar terurai akan pecah menjadi partikel kecil dan mereput apabila terdedah kepada sinaran ultra ungu, oksigen, suhu yang tinggi dan aktiviti mikroorganisma dalam…










