RAI. Seramai 85 orang ahli keluarga terdiri daripada cucu-cicit serta anak-menantu telah meraikan nenek Tok Yam bertempat di Kimi Chalet, Lekir, Sitiawan, Perak baru-baru ini.
Penyelaras program, Saiful Anuar berkata, majlis yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga dan meraikan usia nenek Tok Yam yang telah mencapai 88 tahun.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah mencari harta karun, barbeku,
sukaneka, solat berjemaah dan
penyampaian cenderahati kepada semua yang hadir.










