Contohi Pas kutip derma - Utusan Malaysia

Contohi Pas kutip derma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 3 Jan. – Parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) boleh mencontohi Pas mengutip derma daripada ahli dan penyokong untuk mengisi kantung mereka.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas adalah sebuah parti yang bergantung hampir 100 peratus kepada derma malah turut berhutang setiap kali pilihan raya untuk membayar wang deposit.

 “Kadang-kadang kita pinjam duit orang untuk bayar deposit semasa pilihan raya kerana biasanya duit itu kita akan dapat balik selepas pilihan raya selesai.
 
 “Orang murah hati beri pinjam, kita ibarat macam orang yang bekerja sendiri, kena pandai-pandai cari duit,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

 Beliau diminta mengulas keluhan daripada kalangan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk di peringkat akar umbi yang mengalami masalah dana politik.

 Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, pembiayaan parti Pas tidak bergantung kepada projek kerajaan biarpun memegang tampuk di negeri seperti Kelantan kerana sedar kekuasaan adalah sesuatu yang tidak kekal.

 Justeru, beliau berkata, parti lain boleh belajar daripada Pas bagaimana untuk hidup dalam keadaan kewangan yang terhad.

 “Kita tahu kerajaan tidak kekal, sebab itu kita lebih menumpukan kepada usaha kita sendiri dengan cara kita sendiri, kita sudah alami semua (kesusahan) tapi kita boleh ‘survive’ maka patut parti lain pun boleh survive juga,”katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN