City belum mengaku kalah - Utusan Malaysia

City belum mengaku kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEWCASTLE 30 Jan. – Pep Guardiola berkata, harapan Manchester City untuk mempertahankan gelaran masih utuh, walaupun, mengakui Liverpool berpeluang besar untuk menjarakkan kedudukan mereka dalam perebutan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Citizens tewas mengejut 1-2 kepada Newcastle, hari ini, yang sekali gus membuka ruang kepada skuad kendalian Jurgen Klopp mengukuhkan cengkaman di persada liga.

Perlawanan ke-100 Guardiola bersama City bertukar menjadi pahit di St. James Park, meskipun Sergio Aguero meletakkan City di depan seawal 24 saat permainan sekali gus menjadikan jaringan terpantas EPL, musim ini. Namun, tuan rumah meledakkan dua gol menerusi Salomon Rondon (minit ke-66) dan penalti yang disempurnakan Mat Ritchie (minit ke-80).

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Sepanyol itu enggan mengaku kalah kerana masih berbaki tiga bulan sebelum kempen musim ini tamat dan meramalkan lebih banyak drama berlaku terhadap Liverpool yang mahu menamatkan kemarau 29 tahun menjulang gelaran Liga Perdana.

“Kita masih berada dalam bulan Januari. Masih banyak masa lagi, namun, sudah tentu apabila anda di belakang anda tidak mahu keciciran mata dan setiap perlawanan adalah penting. Ketinggalan tujuh mata agak besar jurangnya, namun, kami bukan berada dalam bulan April atau Mei. Baki perlawanan masih banyak lagi dan macam-macam boleh berlaku.

“Banyak perlawanan sukar yang perlu diharungi kami untuk kekal dalam divisyen ini atau bermain di peringkat Liga Europa mahupun Liga Juara-Juara. Kami akan lakukan yang terbaik untuk berada di sana dan tidak akan menyerah kalah,” kata bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu.

Selepas rekod kemenangan lapan kali berturut-turut lebur di St James Park, City akan melayan kunjungan Arsenal, 3 Februari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini