BERDASARKAN rekod daftar pelanggaran disiplin pelajar yang diterima Kementerian Pendidikan Malaysia, sebanyak 1,054 kes berkaitan buli dilaporkan di sekolah seluruh negara dari Januari sehingga Jun tahun lalu. Angka tersebut ternyata mendatangkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai terutamanya ibu bapa. Tambahan pula, gejala buli boleh mengakibatkan mangsa mengalami tekanan dan depresi. Lebih parah apabila gejala buli boleh membawa kepada kes bunuh diri. Atas dasar itu, sekumpulan pelajar Sekolah Rendah Islam Hira yang terletak di Klang, Selangor mengambil inisiatif untuk menghasilkan sistem antibuli dikenali sebagai Sistem Notifikasi Antibuli bagi mengelakkan gejala tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya