CIMB Pendang tutup kerana penyelarasan cawangan-cawangan - Utusan Malaysia

CIMB Pendang tutup kerana penyelarasan cawangan-cawangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 24 Jan. – CIMB Bank Bhd. hari ini menjelaskan penutupan dan perpindahan sebuah cawangannya di Pendang dekat sini, ke Guar Chempedak di Yan adalah bertujuan untuk menyelaraskan rangkaian cawangan bank itu.

Jurucakap CIMB Bank dalam satu kenyataan berkata, pelanggan bank itu walau bagaimanapun masih boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan perbankan di dua buah mesin pengeluaran dan deposit tunai (CRM) di stesen minyak Petronas di Jalan Pendang yang berdekatan.

“Perkhidmatan ini termasuklah pengeluaran wang tunai, pemindahan dana, bayaran pinjaman, bayaran kad kredit ke dalam akaun CIMB, deposit tunai, pembayaran bil utiliti dan lima lagi perkhidmatan utama lain,” katanya.

Semalam, Utusan Online melaporkan penduduk Pendang merayu pihak pengurusan CIMB Bank mempertimbangkan agar tidak menutup operasi cawangan bank berkenaan yang didakwa amat penting kepada penduduk setempat.

CIMB Bank cawangan itu antara lain dimaklumkan penduduk terletak di lokasi tumpuan selain memiliki ramai pendeposit termasuk dari Gajah Puteh di Sik dan Lubuk Merbau, Padang Terap.

Sementara itu, ujar jurucakap CIMB Bank tersebut, perkhidmatan perbankan 365 CIMB Bank yang merangkumi penggunaan mesin CRM di stesen minyak itu juga boleh digunakan oleh pelanggan di luar waktu perbankan rasmi.

“Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan di mesin CRM di Petronas Jalan Pendang yang hanya terletak kira-kira 400 meter dari CIMB Bank Pendang bermula pukul 6.30 pagi sehingga pukul 11.45 malam.

“Pelanggan yang masih mempunyai kemusykilan boleh menghubungi talian 03-62047788 pada bila-bila masa dalam tempoh 24 jam sehari untuk sebarang pertanyaan,” kata jurucakap itu lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN