KUALA LUMPUR – CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB) mengumumkan cuti bergaji selama enam bulan bagi kakitangan wanitanya yang melahirkan anak sulung. Manfaat tersebut yang bermula 1 Januari lalu melibatkan semua kakitangan wanitanya di negara ini dan mereka turut diberi pilihan untuk mengambil manfaat berkenaan seawal 30 hari sebelum tarikh jangkaan kelahiran. Ditambah dengan program CIMB Staff Rejuvenation yang membolehkan kakitangan mengambil cuti tanpa gaji selama enam bulan untuk anak pertama, kakitangan CIMB berpeluang untuk bercuti selama setahun untuk menjaga anak sulung mereka. Ketua Pegawai Warga Kerja Kumpulan CIMB, Datuk Hamidah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya