KUALA LUMPUR 7 Jan. – Datuk Lee Chong Wei tiba pada pukul 8.13 pagi tadi untuk menjalani latihan di gelanggang Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara buat kali pertama selepas disahkan pulih daripada kanser hidung. Sebelum ini bekas pemain No.1 dunia itu hanya menjalani latihan di gimnasium selepas lebih enam bulan berehat. Bagaimanapun pemain berkenaan tidak membenarkan latihannya pada hari ini dirakam atas sebab-sebab tertentu. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya