BEIJING 6 Jan. – China meluluskan undang-undang baharu bagi melaksanakan tindakan sinicize atau menerapkan nilai-nilai China ke dalam agama Islam bagi tempoh lima tahun akan datang, langkah terbaharu oleh Beijing untuk ‘menulis semula’ bagaimana agama itu perlu diamalkan. Portal berita al-Jazeera yang memetik akhbar berbahasa Inggeris utama China, Global Times melaporkan, melalui undang-undang baharu itu, kerajaan bersetuju untuk ‘membimbing’ Islam agar bersesuaian dengan fahaman sosialisme dan melaksanakan langkah-langkah membentuk Islam mengikut acuan sinicize. Global Times bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut atau nama persatuan yang bersetuju dengan keputusan berkenaan. China telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya