China mulakan projek tanam pokok kapas di Bulan - Utusan Malaysia

China mulakan projek tanam pokok kapas di Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING – China memulakan projek penanaman pokok kapas sebagai tumbuhan pertama di Bulan menerusi misi angkasa lepas Change-4 baru-baru ini.

Benih pokok kapas yang merupakan projek bahan biologikal pertama di Bulan dilihat mula bercambah dalam satu gambar yang diedarkan pihak Pentadbiran Angkasa Lepas China (CNSA).

Misi tersebut membawa pelbagai jenis biji benih seperti kapas, ubi kentang, sawi, yis, Arabidopsis dan telur lalat buah serta ulat sutera sebagai sebahagian daripada eksperimen biosfera pertama seumpamanya di Bulan.

Biji benih itu diletakkan di dalam sebuah tin silinder aluminium setinggi 18 sentimeter rekaan khas kumpulan penyelidik untuk menahan suhu panas ekstrem hingga 127 darjah Celsius (c) dan sejuk sehingga -173c.

Menurut CNSA, lebih banyak pokok dijangka bercambah dan mekar dalam tempoh 100 hari lagi manakala ulat sutera pula akan bertukar menjadi rama-rama dalam tempoh tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×