Chew Sir Boon Pengerusi MCA Terengganu yang baharu - Utusan Malaysia

Chew Sir Boon Pengerusi MCA Terengganu yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 15 Jan. – Ketua MCA Bahagian Kuala Terengganu, Chew Sir Boon, 28, dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan MCA Terengganu yang baharu bagi penggal 2018 – 2021.

Pelantikan Sir Boon diumumkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Seong baru-baru inisekali gus menggantikan Datuk Toh Chin Yaw yang dilantik sebagai Penasihat Eksekutif MCA Terengganu.


Dalam mesyuarat pertama MCA Terengganu yang dipengerusikan oleh Sir Boon di sini baru-baru ini, barisan kepemimpinan baharu parti itu turut dilantik dengan Ketua MCA Bahagian Kemaman, Datuk Soh Kok Hiang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MCA negeri.


Mesyuarat itu turut mengumumkan pelantikan empat naib pengerusi MCA negeri iaitu Ketua Bahagian MCA Besut, Lee Chan Fook; Naib Ketua Bahagian MCA Kuala Terengganu, Datuk Lim Chee Hoow; Ketua Bahagian MCA Kuala Nerus, Ng Who Wat dan Setiausaha MCA Bahagian Kuala Terenganu, Tor Gang Wei.


Dua lagi secara automatik menjadi naib pengerusi MCA negeri sebagaimana ditetapkan dalam perlembagaan parti dan mereka ialah Ketua Pemuda MCA negeri, Wee Kian Heong dan Ketua Wanita negeri, Ng Phei Jin.


Dalam barisan kepemimpinan baharu MCA negeri itu, Ketua MCA Bahagian Dungun, Tan Jia Wei turut dilantik sebagai Setiausaha MCA Terengganu yang baharu.


Sementara itu, Sir Boon berjanji untuk tidak akan mudah menyerah kalah apatah lagi dalam keadaan parti dan Barisan Nasional (BN) yang dilanda pelbagai masalah selepas kekalahan besar 
dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).


“Saya tak akan putus asa sebaliknya akan bangkit semula meneruskan usaha perjuangan parti dengan kerja keras dalam usaha merampas kembali kuasa politik parti dalam PRU akan datang.



“Saya juga tidak lupa segala sokongan semua pihak kepada MCA walaupun senario politik sudah jauh berubah, terima kasih atas sokongan semua,” ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini. – 
UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN