PASIR PUTEH 9 Jan. – Warga emas, Che Munah Che Man, 80, yang tular di laman sosial sejak kelmarin sepatutnya tidak menjaja asam keping gelugur kerana kudratnya di penghujung usia membataskan pergerakannya. Dia juga menerima Bantuan Orang Tua (BOT) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 serta sumbangan daripada anak saudaranya sebanyak RM200 pada setiap bulan manakala suaminya, Abdullah Jusoh, 64, bekerja sebagai buruh. Namun walaupun dalam keadaan terhoyong-hayang dan terketar-ketar, Che Munah tetap mahu berniaga bagi menambah pendapatan yang diterima. Wakil akhbar Utusan Malaysia /Kosmo turut menyampaikan bantuan makanan sumbangan pembaca…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya