LONDON – Chelsea dilaporkan sudah menyiapkan dana berjumlah £50 juta (RM262.35 juta) untuk mendapatkan khidmat penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani pada jendela perpindahan kali ini. Penyerang antarabangsa Uruguay itu dilihat sebagai calon yang paling sesuai untuk pasukan itu menyelesaikan masalah ketumpulan bahagian jentera serangan mereka. Pengendali Chelsea, Maurizio Sarri dikatakan cukup berminat dengan gaya permainan Cavani yang berhijrah dari Napoli ke PSG kira-kira enam tahun lalu dengan rekod termahal…










