Cakera ais dipercayai terbesar di dunia ditemui berputar di sungai AS - Utusan Malaysia

Cakera ais dipercayai terbesar di dunia ditemui berputar di sungai AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WESTBROOK, Maine – Satu cakera ais gergasi terbentuk di atas permukaan sungai Presumpscot di bandar ini baru-baru ini, dipercayai cakera ais terbesar pernah ditemui di dunia.

Dengan anggaran diameter melebihi 90 meter (m), cakera ais yang kelihatan seperti objek terbang tidak dikenali (UFO) itu adalah sejenis fenomena semulajadi sering ditemui di kawasan Artik, Scandinavia dan Kanada.

“Ianya agak mengagumkan untuk dilihat. Bukannya setiap hari kami dapat melihat cakera ais yang berputar di dalam sungai,” kata penduduk tempatan, Doug Bertlesman kepada akhbar Portland Press Herald.

Pengarah Komunikasi dan Pemasaran Westbrook, Tina Radel menggunakan sebuah dron milik pihak berkuasa untuk merakam gambar fenomena aneh itu dari udara.

Mengikut laporan rasmi, diameter cakera ais paling besar pernah direkodkan adalah 30.5m di Sungai Pite di Sweden pada tahun 1987. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×